[VIDEO] Ukraine, Kanada dakwa Iran tembak pesawat

Image result for Iran missile strike Ukraine Flight"Ada bukti video yang menunjukkan Iran telah menembak jatuh pesawat penumpang milik maskapai Ukraina, kemungkinan kerana kesilapan, kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.


Ini memerlukan siasatan menyeluruh, 63 rakyat Kanada yang terkorban dan warga Kanada berhak mengetahui jawapannya.

Sementara itu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mendakwa Iran bertanggungjawab menembak jatuh Ukraine International Airlines hingga terhempas Rabu lalu.

Dakwaan itu dimaklumkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo hari ini.

Kenyataan rasmi Britain, AS dan Kanada memberitahu sumber risikan mereka jelas mengaitkan Iran kemungkinan tersilap menembak jatuh pesawat malang berkenaan hingga meragut 176 nyawa penumpang dan anak kapal.





“Tidak menolak versi peluru berpandu itu, tetapi ia masih belum disahkan,” kata Zelensky dalam laman Facebook.

Sambil mengulangi permintaan Ukraine untuk menghantar semua maklumat yang diperlukan dan siasatan penuh di atas tragedi itu dijalankan, Zelensky berkata, perkara itu akan dibincangkan lanjut dengan Pompeo.

“Matlamat kita untuk mencari kebenaran. Nyawa manusia lebih bernilai daripada motif politik,” katanya.



(Visited 132 times, 1 visits today)

Comments

comments