Strategi empat penyerang PSG berkesan – Neymar

Neymar: Strategi empat penyerang PSG berkesanNeymar mahu Paris Saint-Germain (PSG) kekal dengan pendekatan menyerang habis-habisan walaupun Monaco bangkit sebanyak dua kali untuk mengikat kedudukan 3-3 dalam perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes awal pagi tadi.


Neymar jelas berada dalam prestasi terbaik apabila menjaringkan dua gol dan memaksa Fode Ballo-Toure terjaring bola ke gawang sendiri, namun Monaco tidak berdepan masalah untuk menyerap tekanan di Paris.

Gelson Martins dan Wissam Ben Yedder memadamkan jaringan pembukaan Neymar untuk skuad kendalian Robert Moreno itu mendahului pada minit ke-15 dan Islam Slimani turut menjaringkan satu lagi gol penyamaan pada 20 minit terakhir.

Neymar dan Angel Di Maria mengapit Mauro Icardi dan Kylian Mbappe di bahagian serangan tetapi barisan belakang PSG kerap terdedah.

Bagaimanapun, Neymar, yang merupakan pemain termahal dunia, menyokong strategi yang digunakan Thomas Tuchel itu.

“Kami menjaringkan tiga gol. Saya fikir ia berkesan,” katanya kepada wartawan.

“Kami memiliki kualiti, kami menyedarinya.

“Saya fikir anda telah melakukan kesilapan dengan soalan ini tetapi saya memberikan respons,” katanya.




Neymar percaya cabaran yang dilalui itu akan menyediakan PSG untuk sekali lagi bersaing dalam merebut pelbagai kejuaraan dengan bekas majikan Tuchel, Borussia Dortmund, akan menjadi lawan mereka dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bulan depan.

“Ia adalah perlawanan yang amat sukar.

“Kami sedar kami akan berdepan kesukaran kerana mereka pasukan yang bagus dan berkualiti.

“Ia cabaran yang bagus. Kami gembira.

“Ia bukanlah perlawanan terbaik kami musim ini.

“Kami akan sentiasa memperbaikinya dan memperoleh kempen yang hebat,” tambahnya.



(Visited 144 times, 1 visits today)

Comments

comments