Penyanyi Floor88 mohon maaf selepas rebah di pentas

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham memohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan selepas rebah tiba-tiba sewaktu persembahan malam kelmarin.

Ayie menenangkan peminat dengan berkata, keadaan dirinya kini sudah kembali pulih seperti biasa.

“Saya Ayie Elham ingin memohon maaf kepada pihak negerifm atas insiden yang berlaku semalam. Minta maaf kerana tak dapat selesaikan kerja semalam.
Iklan



“Alhamdullilah kondisi (keadaan) saya sekarang baik. Tiada apa-apa yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Instagram Story miliknya.

Terdahulu, suasana kecoh apabila pemilik nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah itu jatuh pengsan semasa membuat persembahan di Konsert Gempak Negeri FM, di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.





Vokalis itu rebah ketika menyanyikan lagu hit Floor88, Aqilah.

Aksi rebah Ayie disiarkan melalui akaun Instagram rasmi kumpulan berkenaan. Melalui rakaman tersebut, Ayie, 21, dipapah keluar oleh beberapa ahli band berkenaan.

Penyanyi itu rebah berpunca daripada keadaannya yang kurang sihat selain keletihan akibat jadual yang padat.



(Visited 31 times, 1 visits today)

Comments

comments