Imam maut ditetak selepas solat subuh

TENOM – Seorang imam sebuah surau di Kampung Mamaitom di sini maut setelah ditetak di kepala dengan sebilah parang oleh seorang lelaki tidak siuman selepas selesai solat subuh di surau berkenaan awal pagi tadi.



Ketua Polis Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, mangsa, Platani Ukir, 35, ditetak dari belakang ketika sedang berjalan ke tempat meletak motosikal setelah selesai mengimamkan solat subuh.

Mangsa, Platani Ukir, 35, dikatakan diserang oleh suspek berusia 53 tahun yang juga sepupunya.





Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di belakang kepala akibat tetakan itu.

Hasan berkata, suspek yang berumur 53 tahun yang dipercayai tidak siuman turut menghalang penduduk kampung yang cuba memberi bantuan kepada mangsa.

Katanya, suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama



(Visited 308 times, 1 visits today)

Comments

comments