FAM keluarkan klausa ‘tamat kontrak’ kontroversi

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi jaminan kes perpindahan seperti pemain kebangsaan, Akhyar Rashid tidak akan berulang lagi dalam saingan liga tempatan.

Menurut laporan Bernama, difahamkan FAM telah mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada Artikel 15.A, Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM.



Artikel 15.A adalah klausa yang membolehkan sesebuah pasukan atau seseorang pemain menamatkan kontrak secara sebelah pihak atau tebus kontak.

“Kita nampak kelemahan dalam Artikel 15.A yang telah digunakan beberapa kali sebelum ini, jadi dalam garis panduan RSTP (Peraturan Status dan Perpindahan Pemain) untuk musim 2020,

“Klausa yang kontroversi telah dikeluarkan sekali gus selaras dengan garis panduan FIFA dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).





“Ia untuk pastikan tiadanya kekeliruan dalam kes ini yang akan berlaku lagi. Perkara ini telah dimaklumkan kepada semua pasukan dan berkuat kuasa awal tahun ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Akhyar Rashid melengkapkan perpindahannya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada penghujung tahun 2018. Sebelum itu, pemain muda kelahiran negeri Kedah itu terlebih dahulu menamatkan kontrak bersama skuad Helang Merah.

Setelah diisytiharkan sebagai ‘free agent’, JDT bertindak memulakan rundingan dengan Akhyar sebelum mengikatnya dengan kontrak selama empat tahun dan disertakan dengan klausa pelepasan perpindahan sebanyak RM12 juta.

Kedah yang tidak berpuas hati dengan tindakan bekas pemainnya itu bertindak membawa kes itu ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC). – foxsports



(Visited 466 times, 1 visits today)

Comments

comments

,