VIDEO Pesilat negara tidak sedarkan diri

MALANG menimpa pesilat negara Muhammad Faizul M Nasir apabila hasratnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut dalam Kelas Putra B (50- 55kg) menemui kegagalan.

Sebaliknya, dia terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas dilihat tidak sedarkan diri sebaik terjatuh sebelum ditendang oleh lawannya yang juga peserta tuan rumah, Dines Dumaan pada pusingan terakhir peringkat awal, hari ini.


Faizul dilihat terbaring lebih tiga minit tanpa mendapat bantuan perubatan ketika wasit sedang mengira mata sebelum mengumumkan kemenangan 5-0 untuk Dumaan.

Kemudian barulah Faizul dikejarkan ke hospital dari Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay.

Faizul ketika bertarung dengan Dines. FOTO NSTP/ AIZUDDIN SAAD

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong ketika hadir menyaksikan perlawanan membabitkan atlet negara selepas insiden itu berkata, beliau dimaklumkan keadaan Faizul masih belum stabil.

“Setakat ini saya dimaklumkan dia sedang menerima rawatan. Tiada sebarang pelawat dibenarkan untuk melawatnya.

“Kami perlu menunggu dulu maklum balas dari pihak hospital.




“Daripada pihak pengurusan kontinjen mereka sentiasa berhubung dengan pihak hospital untuk memantau keadaan.

Jika dibenarkan saya sendiri akan melawat Faizul di hospital,” katanya.



(Visited 107 times, 1 visits today)

Comments

comments