Ahmad Dhani dibebaskan dari penjara

VOKALIS kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani dibebaskan dari Pusat Tahanan Cipinang, Jakarta Timur, Indonesia pada Isnin.

Menurut laporan liputan6, pembebasan Ahmad Dhani disambut baik oleh keluarga dan turut dihadiri oleh Persatuan Pembela Islam Indonesia yang lengkap berpakaian hitam.



Selain isteri iaitu Mulan Jameela, ketiga-tiga anak lelakinya iaitu Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin Rumi dan Abdul Qodir Jeelani turut kelihatan di perkarangan penjara.

Berita gembira itu turut diraikan oleh peminatnya yang berselawat sambil mengiringi perjalanan penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan komen Ahmad Dhani tidak berjaya apabila dia enggan untuk ditemuramah.





Mulan Jameela bersyukur Ahmad Dhani kini dibebaskan.

Sementara itu menerusi Instagram, Mulan meluahkan rasa syukur dan tidak sabar untuk meraikan bersama keluarga.

“Allhamdulilah Ya Allah, mari kita pulang ke rumah suamiku sayang. Mama dan anak-anak sedang menunggu,” tulisnya.

Terdahulu, Ahmad Dhani ditahan di Cipinang Penitentiary, Jakarta Timur, Indonesia gara-gara mengeluarkan kata-kata kebencian pada awal tahun lalu.



(Visited 114 times, 1 visits today)

Comments

comments