[Gambar] Seorang mati ditikam lelaki mengamuk

KUANTAN – Tiga cedera ditikam seorang lelaki yang mengamuk di Taman Kampung Padang di sini pagi tadi.




Image may contain: one or more people, people sitting, shoes and outdoorSalah seorang daripada mangsa didapati tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia.

Difahamkan suspek seorang lelaki berjaya ditangkap orang awam yang berada di kedai kopi berhampiran dalam satu pergelutan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.




Image may contain: one or more people, shoes, outdoor and nature

Suspek

Penduduk Taman Impianku, Abd Halim Othman, 52, yang juga saksi di tempat kejadian berkata, kira kira jam 10.30 pagi tadi, dia dan beberapa rakannya sedang minum di kedai kopi berhampiran telah melihat suspek sedang menolak seorang wanita dengan kerusi roda.

Curiga dengan situasi itu dia mendekati suspek untuk bertanya apa yang berlaku, namun sebaik mendapati suspek memegang pisau dan ada kesan darah pada leher mangsa serta baju suspek, dia terus menghubungi polis.




Pada masa sama suspek meluru dan menikam dua individu lain iaitu seorang wanita dan seorang lelaki dewasa yang sedang menaiki motosikal di kawasan itu dan dipercayai mereka mempunyai talian kekeluargaan.

“Apabila nampak suspek bertindak begitu saya dan rakan-rakan bergelut dengannya dan berjaya melepaskan pisau daripada tangannya.

“Kami ikat mangsa di tepi jalan supaya dia tidak bertindak lebih agresif dan tunggu kedatangan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini. -Sinar Harian



(Visited 145 times, 1 visits today)

Comments

comments