Penerbit filem Bohemian Rhapsody meterai perjanjian filem Michael Jackson

BUAT peminat setia Raja Pop, mendiang Michael Jackson, ini mungkin khabar gembira untuk anda semua.

Selepas menghasilkan filem yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung lebih AS$900 juta, penerbit Bohemian Rhapsody, Gharham King dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk menerbitkan sebuah filem cereka berkisarkan kehidupan dan perjalanan muzik mendiang.



Persetujuan bersama pewaris harta Jackson itu disahkan seorang jurucakap King kepada majalah hiburan Variety.

King juga dikatakan akan bekerjasama dengan penulis lakon layar filem The Aviator dan Gladiator, John Logan bagi projek tersebut.

Setakat ini filem tersebut masih belum menamakan studio atau pengedarnya.





Filem tersebut dikatakan tidak akan memberi gambaran mengenai kehidupan Michael Jackson yang pernah dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak seperti paparan dalam dokumentari kontroversi, Leaving Neverland.

Jackson meninggal dunia pada 2009 dan pernah berkali-kali menafikan tuduhan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Walaupun disebalik kontroversi yang melanda Raja Pop itu, legasinya terus kekal membawa perubahan besar dalam industri muzik dunia.



(Visited 37 times, 1 visits today)

Comments

comments