VIDEO Kereta Myvi dirakam ‘selit’ tepi palang ‘lari’ bayar tol

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Bermacam-macam ragam pemandu bagi mengelak membayar tol. Terbaru, sebuah kereta Perodua Myvi dirakam cuba melepasi palang untuk “lari” dari membayar tol.


Dalam video, pemandu kereta memasuki laluan tol Touch n’ Go dipercayai berlaku di lebuh raya PLUS sebelum kenderaan tersebut dirakam “menyelit” ruang kosong antara palang dan pembahagi jalan.

Myvi hitam itu kemudian memecut laju. Tindakan itu ada dalam rakaman 35 saat yang direkod melalui kamera papan pemuka sebuah kereta lain.





Insiden yang dimuat naik ke Facebook “We are Malaysians” didakwa berlaku pada 10.06 pagi 3 November berdasarkan catatan pada kamera.

Rata-rata warga maya mengutuk sikap pemandu yang “memalukan” dan memberi amaran bahawa dia tidak akan terlepas daripada kesalahan yang dilakukan.

“Myvi buat Hal lagi. Kalau tak boleh bayar tol kita faham. Pakai motorkan senang,” kata Chiang Weng Wai

“CCTV ada. Nanti kena tangkap lah tu. Derma saman RM300, hahahaha,” kata Irwan pula.



(Visited 207 times, 1 visits today)

Comments

comments