Instagram uji sembunyikan ‘Like’ di AS

Image result for Adam MosseriSAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Adam Mosseri, semalam berkata ujian menyembunyikan tanda ‘like’ pada imej dan foto rangkaian perkongsian sosial itu akan diperkenalkan di Amerika Syarikat.



“Kami menguji menjadikan ‘like’ sebagai peribadi di Instagram di beberapa negara tahun ini.

“Kami meluaskan ia termasuk ke sebahagian kecil penduduk di Amerika Syarikat minggu hadapan,” kata Mosseri dalam Twitter.

Facebook, September lalu mengesahkan ia tidak lagi memaparkan kepada umum berapa banyak ‘likes’ diperoleh oleh sesuatu siaran.





Perubahan itu akan melegakan tekanan untuk memperoleh banyak kelulusan dengan imej, video atau komen, sebaliknya membuatkan orang ramai lebih memberi tumpuan kepada isi kandungan.

Instagram yang dimiliki Facebook, awal tahun ini mengumumkan ia menguji untuk menyembunyikan kiraan ‘like’ dan kiraan video ditonton di lebih 6 negara, dengan pemegang akaun masih boleh melihat jumlah tetapi menyembunyikannya daripada orang lain.

Twitter juga membuat ujian dengan menyembunyikan jumlah ‘like’ atau ‘retweet’ pada tweet, menurut ketua produk, Kayvon Beykpour.

Twitter mendapati orang ramai tidak begitu menghiraukan tweet jika tidak melihat kiraannya. — AFP



(Visited 20 times, 1 visits today)

Comments

comments