Bapa tembak mati anak lelaki kantoi lakukan hubungan sejenis

NEVADA: Seorang bapa menembak mati anak lelakinya disebabkan remaja itu mengamalkan aktiviti hubungan sejenis atau homoseks.

Wendell Melton, 53, dituduh menembak Giovanni di dalam pangsapuri miliknya di Henderson, Nevada, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.


Bekas ibu angkat mangsa, Sonja Jones mendakwa dia dimaklumkan oleh keluarga mangsa bahawa berlaku pertengkaran membabitkan isu orientasi seks remaja berusia 14 tahun itu.

Menurut Sonja, Wendell sememangnya mempunyai masalah dengan perbuatan berkenaan.





“Dia membenci Giovanni kerana dia seorang gay. Saya pasti dia berfikir lebih baik anaknya mati daripada memiliki seorang anak yang mengamalkan cara hidup songsang,” katanya kepada News 3 Las Vegas.

Sebelum kejadian, Wendell berjaya menangkap Giovanni bersama pasangannya lalu mengeluarkan sepucuk pistol.



(Visited 33 times, 1 visits today)

Comments

comments