Aku dah bunuh mak aku!

‘AKU dah bunuh mak aku’. Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut anak lelaki yang membunuh ibunya di Taman Kampung Padang, Kuantan hari ini.

Lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai sakit mental membuat pengakuan berkenaan selepas ditegur pemilik gerai yang melihat dia menolak mayat ibunya menggunakan kerusi roda.


Pemilik gerai, Samin Ahmad Mahboob, 53, berkata, dia melihat lelaki itu menolak kerusi roda dengan menutup badan ibunya menggunakan sejadah pada 10.30 pagi.

BACA: [Gambar] Seorang mati ditikam lelaki mengamuk

Katanya, dia mengenali mangsa kerana sering bertegur sapa namun tidak pernah melihat lelaki itu yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

“Saya bertanya kepada lelaki itu: ‘Kenapa dengan mak?’ Dia jawab sudah bunuh ibunya sebelum saya melihat ada kesan tikaman pada leher mangsa.




“Saya lihat lelaki itu masih memegang pisau di tangan kanannya dan memintanya menolak kerusi roda ibunya ke bawah pokok,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Sefiah Hamid, 62, maut ditikam di bahagian leher kirinya malah anaknya itu turut menikam adiknya, Masitah Mustafa, 26, serta teman lelakinya, Mohammad Azizan Awang, 37.

Samin Ahmad berkata, dia cuba berbual dengan lelaki itu pada jarak kira-kira satu meter malah turut menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu namun tidak berjaya sebelum lelaki itu mencampakkan telefon bimbitnya.

“Tidak lama kemudian adik perempuannya tiba dengan menaiki motosikal bersama teman lelaki dan menegur serta bertanya mengapa ibunya berada di situ.

“Namun secara tiba-tiba lelaki itu menyerang pasangan berkenaan dan menikam mereka beberapa kali sebelum saya menendangnya untuk menghentikan perbuatannya,” katanya.

Katanya, orang ramai kemudiannya menyerbu lelaki itu dan mengikat tangan serta kakinya sebelum menghubungi polis. – HMetro



(Visited 264 times, 1 visits today)

Comments

comments