[VIDEO] Pelajar sekolah bertumbuk sebab tandas

Image result for Pelajar sekolah bertumbuk sebab tandasSERAMAI 17 individu disyaki terbabit dalam pergaduhan sekumpulan pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di daerah ini, yang tular di laman sosial Facebook, Jumaat lalu, sudah ditahan dan diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, semua pelajar ditahan berusia dari 16 hingga 17 tahun.


“Setakat ini polis masih meneruskan siasatan berhubung pergaduhan sekumpulan pelajar yang videonya tular, baru-baru ini. Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

“Sehingga kini, seramai 17 pelajar berusia dari 16 hingga 17 tahun ditahan dan sudah diambil keterangan mengenai pergaduhan itu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.





Jumaat lalu dilaporkan, video berdurasi 28 saat dimuat naik menerusi akaun Facebook seorang individu menunjukkan pergaduhan sekumpulan pelajar lelaki dipercayai dari sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Dalam rakaman itu, dua kumpulan remaja lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah menengah dan berbaju-T menumbuk dan menendang antara satu sama lain.

Difahamkan, pergaduhan berlaku di luar pekarangan sekolah, selepas sesi persekolahan pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, pihak sekolah mengambil langkah proaktif dengan memanggil semua penjaga dan ibu bapa pelajar bagi sesi perbincangan serta kaunseling.





“Setakat ini, semua penjaga dan ibu bapa memberi kerjasama baik bagi menyelesaikan salah faham yang timbul dalam pergaduhan itu.

“Jabatan Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut memberi kerjasama dan bantuan bagi menangani masalah ini,” katanya.

Beliau berkata, semua pelajar sudah bermaafan sesama mereka atas salah faham kecil berpunca daripada isu penggunaan tandas di sekolah.

“Ada yang mengaitkan punca pergaduhan dengan isu perkauman dan kita menafikannya. Pelajar ini masih kurang matang dan pergaduhan berpunca daripada isu kecil,” katanya.

Diminta mengulas tindakan undang-undang yang bakal dihadapi pelajar terbabit, Pkharuddin berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada pihak polis. – HMetro



(Visited 146 times, 1 visits today)

Comments

comments