‘Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal’ tersenarai untuk saingan ke Anugerah Oscar 2020

KUALA LUMPUR: Filem animasi terbitan Les Copaque Production, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal jadi bualan hangat di media sosial selepas tersenarai sebagai calon Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020.

Pencalonan ini menjadikan filem buatan Malaysia itu akan bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Burhanuddin Md Radzi memberitahu, penyertaan filem itu dibuat sendiri pihaknya dan ia tercetus selepas filem berkenaan berjaya mencipta nama di Festival Filem Montreal.

“Ketika saya ditemu bual wartawan di sana, saya diberitahu bahawa skrip filem ini berbeza dan memenuhi kemahuan penonton.

“Imej baru dan jalan cerita baharu yang pastinya dapat perhatian penonton di sebelah Barat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Burhanuddin turut berkongsi bahawa tayangan akan dibuat di Los Angeles sebagai memenuhi syarat pencalonan Oscar 2020.

Malah, beliau berpendapat, usahanya untuk membawa Upin Ipin ke Oscar 2020 merupakan sebahagian daripada pembakar semangat buat pembikin filem tempatan.





“Dengan pendedahan seluas ini, saya harap Upin Ipin akan berada di peringkat seterusnya.

“Saya nak bakar semangat pembikin filem di Malaysia supaya mereka membuat sesuatu setaraf pembikin filem antarabangsa.

“Janganlah berada di takuk lama saja, asyik nak jual dalam Malaysia semata-mata,” jelasnya.

Sebelum ini pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah menghantar filem dokumentari M for Malaysia untuk mewakili Malaysia dalam kategori Filem Antarabangsa Terbaik.

Berikut ialah senarai awal calon Filem Animasi terbaik Oscar 2020:





Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris
Abominable
The Addams Family
The Angry Birds Movie 2
Another Day of Life
Away
Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
Children of the Sea
Dilili in Paris
Frozen II
Funan
Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
How to Train Your Dragon: The Hidden World
I Lost My Body
Klaus
The Last Fiction
The Lego Movie 2: The Second Part
Marona’s Fantastic Tale
Missing Link
Ne Zha
Okko’s Inn
Pachamama
Promare
Rezo
The Secret Life of Pets 2
Spies in Disguise
The Swallows of Kabul
This Magnificent Cake!
The Tower
Toy Story 4
Weathering with You
White Snake



(Visited 44 times, 1 visits today)

Comments

comments