Pakar bidan Dr Hamid Arshat kecewa pejabatnya diserbu tanpa sebab yang jelas

Image result for Dr HamidTINDAKAN pemeriksaan mengejut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke pejabat pakar perbidanan Datuk Dr Hamid Arshat, semalam, mengikut prosedur ditetapkan.

Sumber kementerian itu memberitahu Harian Metro, pemeriksaan itu dilakukan susulan aduan diterima daripada pengguna berkaitan produk digunakan di premis itu.



Menurutnya, pemeriksaan dilakukan pegawai KKM mengikut prosedur ditetapkan tanpa membabitkan sebarang unsur kekerasan.

“Tidak timbul isu pemberian notis awal berikutan penguat kuasa KKM mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan mengejut di mana-mana premis,” katanya, hari ini.

Difahamkan, tiada tindakan diambil dan pegawai KKM meninggalkan premis selepas pemeriksaan tidak menemui produk dilaporkan oleh pengguna.





Dalam pada itu, Dr Hamid menerusi Facebook (FB) miliknya, meluahkan kekecewaan selepas pejabatnya diserbu kakitangan KKM.

Beliau dipetik sebagai berkata, serbuan yang dibuat tanpa sebarang notis dan tujuan yang jelas itu memperlihatkan beliau seolah-olah seorang penjenayah.

“Ketika serbuan pejabat, saya berada di klinik di Taman Desa Medical Centre (TDMC) melayan berpuluh pesakit.

“Apa salahnya kalau pihak berkuasa hubungi saya dulu dan nyatakan apa kesalahan yang saya buat sebelum menyerbu dan selongkar pejabat saya di Plaza75m Bukit Damansara,” katanya.

Dr Hamid berkata, selama lima dekad bergelar doktor, beliau mencurahkan khidmat secara sepenuh hati tanpa mengira masa dan pulangan.




“Pada hal saya berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun.

“Pada 70-an dan 80-an, saya dan rakan doktor bersama bertungkus-lumus memberi rawatan dan jagaan kepada pesakit tanpa mengira masa dan gaji.

“Pernah kerja selama 72 jam berturut-turut dengan gaji RM600 sebulan. Saya amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan muda yang semacam gila kuasa,” katanya.

Beliau turut mendakwa penguat kuasa KKM meninggalkan pejabatnya dalam keadaan kucar-kacir, selain tidak mendapati sebarang bukti kesalahan dilakukan.

“Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar ke atas pejabat dan kakitangan saya.

“Kakitangan yang bertindak belum lahir ke dunia lagi, saya berkhidmat dengan KKM,” luah Dr Hamid pada entri yang dikongsi oleh lebih 4,900 pengunjung Facebook selain mendapat lebih 5,000 komen.



(Visited 30 times, 1 visits today)

Comments

comments