Kembar Instafamous Dedah Sebab Peperiksaan Dapat 7G

Pasti ramai tahu tentang kembar Instafamous popular ini iaitu Ieka Tajudin dan Iera Tajudin dek kerana kontroversi yang tercetus sebelum ini sehingga dikecam teruk.



Isu tersebut menjadi bualan ramai apabila mereka dikatakan menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah atas kegagalannya dalam peperiksaan selepas menerima keputusan buruk 7G.

Bagaimanapun, baru-baru ini pasangan kembar tersebut tampil dalam satu video menceritakan perkara sebenar berlaku sepanjang persekolahan dan punca mereka mendapat keputusan corot.

Menurut mereka, di awal mereka memasuki sekolah tersebut ramai yang teruja dan sukakan mereka, tetapi sewaktu di tingkatan dua ramai yang menjauhkan diri daripada mereka. Malah, mereka mendakwa dibuli sehingga menjadi tertekan.





Mereka juga mendakwa guru-guru juga tidak membantu mereka sehingga mereka enggan ke sekolah mahupun menghadiri peperiksaan. Dalam pada itu, ereka juga tertanya-tanya apa yang membuatkan semua orang termasuk guru menjauhi mereka.

Turut menceritakan satu detik hitam berlaku, Ieka memberitahu pernah dikejar oleh seorang pelajar lelaki di sekolah sehingga trauma. Apabila aduan dibuat, guru menuduh dirinya seorang yang gatal.

Meskipun ibu mereka sering memberikan semangat untuk meneruskan persekolahan sehingga tamat sekolah, namun mereka mengakui tidak tahan dengan tekanan diberikan. – vitdaily



(Visited 325 times, 1 visits today)

Comments

comments