Jojet masih siuman – Man Bai

PENYANYI utama kumpulan Gersang, Man Bai menolak dakwaan pemain dram mereka, Jojet mengalami masalah mental.

Man Bai sebaliknya berkata, Jojet sihat serta masih siuman dan hanya sesekali berperangai pelik.



“Jojet okey, cuma dia tiada gigi buat mukanya nampak kecut. Cara pemakaiannya juga santai kerana dia biasanya suka mengenakan jubah.

“Dia juga lebih banyak menghabiskan masa di rumah menjaga bapanya di Kuang, Selangor.

“Saya pernah ke rumah mereka dan masuk bilik Jojet. Keadaannya bersih terjaga rapi,” katanya kepada Harian Metro.

Mai Bai bagaimanapun tidak menafikan sesekali Jojet akan bercakap sendiri dan itu membuatkan masyarakat menganggapnya tidak siuman.

“Kadangkala saya sendiri hairan apabila ambil dia untuk sesi latihan, dia akan berbual seorang diri.

“Malah saya tanya dia, apa kau berbual ini Jojet? Sebenarnya dia tiada kawan. Apabila jumpa kami semua, dia main dram.

“Kami hairan juga dengan sikapnya. Apabila balik rumah, saya tanya Kid kenapa dengan Jojet, jawab Kid, Jojet sebenarnya mengada-ngada nak bermanja dengan kami. Dari situ saya faham dia sangat teruja apabila dapat berjumpa kami semula,” katanya.





Image result for jojet gersang reunionMenurutnya, sisi kehidupan Jojet amat mengharukan kerana kesungguhannya menjaga bapanya yang sudah berusia 90 tahun.

Katanya, Jojet seorang anak yang baik dan orang tak tahu kehidupannya. Abangnya tinggal bersebelahan rumah mereka.




“Jojet juga memasak untuk bapanya, bawa ke hospital dan sebagainya. Dia okey dan boleh diharap.

“Kalau tak normal, dia pasti tak boleh main dram. Kami bagi dia klip dram untuk dengar tempo lagu seperti lagu B29,” katanya.

Man Bai berkata, Jojet menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala bapanya menerima bantuan Bantuan Sara Hidup.

“Dia pandai berbelanja wang secara berhemah. Ada juga rakan sekolahnya yang kumpul wang untuk beri sumbangan buatnya,” katanya.

Sementara itu, Man Bai berkata, Gersang yang kini berusia 30 tahun akan mengadakan reunion dan bakal terbabit dengan rakaman program Konsert Minggu Ini pada 29 Oktober nanti.

“Saya, Kid (gitar), Man Greng (bass), Datuk Acis (keyboard) dan Jojet kembali bersatu untuk menghiburkan peminat.

Image result for jojet gersang reunion

Gersang tahun 1987

“Harapnya peminat yang dulu hadir beramai-ramai memberikan sokongan terhadap kami.

“Anggota Gersang sebenarnya masih aktif terbabit dalam muzik. Apabila RTM hubungi, saya beritahu yang lain dan ternyata mereka berminat,” katanya.

Menurutnya, mereka juga merancang untuk menghasilkan album terbaru yang dijangka keluar pada tahun depan.

“Saya dah berjumpa dengan Datuk M Nasir dan minta dia terbitkan album Gersang. Dia seakan berminat dan kami akan adakan perbincangan lanjut nanti.

“Mana tahu rezeki, sentuhan M Nasir kena dengan nada suara saya dan menjadi. Sebelum ini Gersang hanya pernah bekerja dengan arwah Rahim Othman,” katanya.



(Visited 239 times, 1 visits today)

Comments

comments