Ibu Haneesya Hanee Mahu Saman Netizen Hina Warna Kulit Anak

Menang di ABPBH 32 baru-baru ini, ramai mempertikaikan apabila Haneesya Hanee merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular sedangkan tidak pernah melihat gadis itu berlakon mahupun muncul di kaca televisyen.


Malah, ramai yang mengecam pelakon tersebut dan ada yang menuduhnya mencari publisiti murahan dengan menggunakan isu warna kulit. Tidak kurang juga ada yang menjadikan Haneesya sebagai bahan jenaka serta menyamakannya dengan objek berwarna hitam.

Haneesya Hanee bertindak membuat laporan polis terhadap dua orang netizen yang terlibat.





Menerusi video dikongsikan oleh Haneesya di Twitter, ibunya memberitahu dua individu tersebut disifatkan sangat melampau menyamakannya anaknya dengan bubble tea dan Hajarul Aswad.

Ibu Haneesya, Nor Sakuraneeda turut memberikan tempoh dua minggu kepada dua netizen tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Dalam pada itu, turut meminta netizen berhenti mengungkit kisah silam anaknya yang sudah menyesali perbuatan tersebut.



(Visited 69 times, 1 visits today)

Comments

comments