Cabaran Tetris: Tentera Malaysia pun boleh

SELEPAS menjadi fenomena di Switzerland, Singapura dan beberapa negara lain, anggota keselamatan negara turut tidak ketinggalan melakukan cabaran ‘Tetris’ yang mula tular di laman sosial sejak 1 September lalu.



Menerusi cabaran itu, anggota keselamatan dalam keadaan berbaring bersama jentera atau kenderaan dan peralatan digunakan mereka.

Menariknya, gambar itu diambil menggunakan dron dari sudut pandangan atas bagi merakam aksi anggota dan objek bersama mereka.




TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia)

Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, penyertaan pihaknya dalam cabaran berkenaan untuk menarik golongan muda terhadap pasukan terbabit.

“Cabaran Tetris ini mula tular di seluruh negara, jadi TUDM mengambil kesempatan untuk menarik minat golongan muda terhadap pasukan keselamatan terutama TUDM.

“Buat masa ini, No 18 Skuadron Pengkalan Udara TUDM Butterworth memaparkan pesawat tempur F/A-18D Hornet bersama peralatan dan kru pesawat,” katanya.




HELIKOPTER Super Lynx milik TLDM dari Skuadron 501 Markas Udara TLDM Lumut bersama peralatan dan kru turut tular di media sosial.

Menurutnya, gambar itu diambil oleh skuadron berkenaan sebelum dimuatnaik Bahagian Perhubungan Awam TUDM ke laman sosial.

12 RAMD MEKANIZE / FSS Foto : 12 RAMD

Turut tular di laman sosial adalah gambar helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Skuadron 501 Markas Udara TLDM Lumut.

Selain pasukan keselamatan di Malaysia, beberapa negara lain seperti Pasukan Respon Kecemasan (ERT) Singapura turut memuat naik gambar cabaran berkenaan.

Anggota polis dari Mexico dan Taiwan turut memuat naik gambar dirakam menerusi dron di laman sosial masing-masing.



(Visited 181 times, 1 visits today)

Comments

comments