Budak lelaki umur 14 tahun terkejut dicampakkan iPhone 11 percuma

Dua pengasas bersama Mous bersama Burkhardt. -foto Mous

SETIAP kali iPhone baharu diperkenalkan, ia akan menjadi satu fenomena.



Tidak hairanlah apabila ramai peminat tegar produk Apple sanggup beratur semalaman demi mendapatkan telefon pintar mewah terbaharu keluaran syarikat ini, iPhone 11.

Tetapi pernahkah anda bayangkan jika kamu menjadi individu bertuah mendapat iPhone 11 secara percuma, tak payah susah-susah beratur?

Itulah yang berlaku kepada seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang berkunjung ke premis Apple di 5th Avenue, New York, Amerika Syarikat dengan tujuan untuk melihat suasana meriah di situ.




Michael Burkhardt sendiri terkejut apabila mendapat tahu dirinya menjadi salah seorang yang akan menerima kejutan dari Mous, sebuah syarikat yang menghasilkan aksesori telefon bimbit, termasuk alat pelindung atau ‘casing’.

Burkhardt bertambah terkejut apabila diberitahu bahawa iPhone 11 akan menjadi miliknya.

Burkhardt ketika dihampiri dua Pengasas Bersama Mous James Griffith dan Lucy Hutchinson. -foto Mous

“Saya datang ke sini cuma nak tengok-tengok suasana di kedai Apple, atau jujurnya nak ambil gambar saja.

“Tiba-tiba seseorang menghampiri saya dan tanya adakah saya mahu iPhone baharu? Memang saya teringin tapi mustahil sebab umur baru 14 tahun dan harganya di luar kemampuan saya.

“Saya tercengang apabila mereka beritahu sudah beratur panjang untuk beli iPhone tapi ia akan diberikan kepada saya,” katanya.





Tak lama kemudian iPhone 11 itu dicampak kepadanya dari dalam kedai dan jatuh terhempas atas tanah dan Burkhardt pada awalnya menyangka iPhone itu sudah retak.

Ternyata, apa yang dilakukan itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk menunjukkan ketahanan produknya bagi melindungi telefon bimbit.

Setelah dibuka, iPhone 11 itu masih dalam keadaan baik.

Pengasas bersama Mous, Lucy Hutchinson berkata kesan calar pada iPhone 11 itu boleh dihapuskan, malah dapat berfungsi dengan baik setelah diletakkan lapisan produk case Mous Limitless 3.0.

“Aksi ini memberi kami peluang yang membolehkan kami berbincang dengan orang-orang di sekitar New York dan pastinya menunjukan kepada mereka tentang keunggulan produk kami,” katanya. –MirrorUK



(Visited 195 times, 1 visits today)

Comments

comments