Man United, Juventus setuju pertukaran Lukaku-Dybala

Image result for lukaku dybalaMANCHESTER United dan Juventus dilaporkan bersetuju tawaran pertukaran membabitkan Romelu Lukaku dan Paulo Dybala.

Juventus berusaha untuk mendapatkan khidmat Lukaku pada musim panas ini dan kelab gergasi Itali itu menawarkan Dybala kepada United agar perpindahan itu dapat dimuktamadkan segera.


Ole Gunnar Solskjaer sudah memberitahu bahawa Lukaku bukan lagi pemain pilihan utamanya jika dia kekal di Old Trafford musim depan.

Atas sebab itu Lukaku terdesak untuk berhijrah ke Itali dengan Inter Milan turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Menurut Sky Italia, rundingan Juventus dengan United menunjukkan tanda positif apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat pertukaran tersebut.





United pula perlu bersetuju dengan syarat peribadi dengan Dybala jika perpindahan itu dimuktamadkan.

Namun Dybala dilaporkan berat hati dengan pilihan ditetapkan Juventus.

Selepas menundukkan Kristiansund pada Selasa, Solskjaer mengesahkan United sedang berusaha membawa masuk seorang atau dua lagi pemain untuk memperkuat pasukan itu musim depan. – Metro.co.uk




(Visited 137 times, 1 visits today)

Comments

comments