Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[Video] JDT All-Stars kutip lebih RM600,000

JOHOR BAHRU: Aksi persahabatan amal ‘JDT All-Stars’ yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam berjaya mengutip lebih RM600,000 hasil penjualan tiket selain sumbangan penaja.



Semua kutipan dana akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Women’s Aid Organisation (WAO) dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut berkenan berangkat menonton aksi persahabatan amal berkenaan.

Dalam aksi persahabatan amal sebentar tadi, Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) berpesta gol membenam pasukan JDT Rest of the World dengan jaringan 9-5.




Pasukan JDT Rest of the World. – NSTP/Hairul Anuar Rahim

Pasukan JDT TMJ turut diperkuatkan dengan tiga bekas bintang Perancis – Robert Pires, Claude Makalele dan Florent Malouda – selain Tunku Ismail sendiri yang bermain di posisi tengah bergandingan dengan Esteban Cambiasso, Marco Materazzi serta Gianluca Zambrotta.

Beberapa pemain JDT antaranya penjaga gol, Farizal Marlias, La’Vere Corbin-Ong, Mauricio Nascimento, Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid turut berada dalam skuad JDT TMJ.

JDT Rest of the World dibarisi legenda-legenda bola sepak dunia antaranya Rivaldo, Claudio Caniggia, Edgar Davids dan Bebeto.

Penjaga gol kedua JDT Izham Tarmizi ditugaskan sebagai penjaga gol JDT Rest of the World.

Comments

comments