Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Piala FA: MB umum bonus RM150,000 selepas Perak ke final

PERAKIPOH – Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus berjumlah RM150,000 kepada pasukan bola sepak negeri itu selepas mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA apabila menundukkan Pahang dengan agregat 4-3 semalam.


Pengumuman pemberian bonus layak ke final Piala FA itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di kediaman rasmi beliau selepas menerima kunjungan barisan pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan Perak kira-kira pada pukul 1.15 pagi.

“Saya rasa sangat bangga Perak mampu bangkit dan menunjukkan aksi cemerlang untuk mengalahkan Pahang di Ipoh.

“Oleh itu kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM150,000 buat semua yang terlibat dalam pasukan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan bonus kedua sekiranya mereka mampu menjulang Piala FA kelak.

Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) itu memohon maaf kepada pasukan Perak apabila dia tidak dapat hadir ke stadium untuk memberikan sokongan memandangkan beliau perlu menghadiri Majlis Rumah Terbuka di Kulim, Kedah.




Beliau bagaimanapun tiba di kediaman rasminya pada pukul 12.45 tengah malam untuk bertemu dengan keseluruhan pasukan Perak sebelum membuat pengumuman bonus tersebut.

Ahmad Faizal turut menzahirkan rasa gembiranya apabila melihat suasana di Stadium Perak yang penuh dengan penyokong setia The Bos Gaurus.

Dalam perlawanan timbal balik separuh akhir kedua itu, Perak menewaskan Pahang dengan jaringan 3-0 untuk mengatasi agregat 4-3 di hadapan lebih 20,000 penyokong. – K!

Comments

comments

,