Identiti lelaki ‘mumia’ didedahkan

Alexander PIDENTITI seorang lelaki yang dipercayai maut akibat diserang seekor beruang akhirnya didedahkan.

Seorang doktor yang mendakwa lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Alexander P, 41, merupakan pesakitnya.



Malah doktor itu mendedahkan lelaki itu tidak pernah diserang seekor beruang tetapi mengalami psoriasis atau penyakit kulit kronik dan kudis tekanan.

Gambar sebenar Alexander menunjukkan perbezaan yang ketara dengan imej seorang lelaki kurus yang pada awalnya disangka mumia dipercayai diambil di katil hospital.

Sebuah rakaman video membabitkan lelaki itu tular minggu ini selepas dia dilaporkan dikejarkan ke hospital di Moscow selepas mengalami patah tulang belakang kerana diserang beruang.





Lelaki berusia 41 tahun itu ditemui sekumpulan pemburu Rusia sebelum dia diselamatkan selepas diseret beruang ke dalam sebuah gua.

Sepanjang sebulan di dalam gua, Alexander bertahan untuk terus hidup dengan hanya minum air kencing sendiri.

Dr Rustam Isaev dari Pusat Perubatan Aktobe di Kazakhstan menafikan laporan awal mengenai punca kematian Alexander.

Dia bagaimanapun berkata Alexander tidak pernah diserang beruang dan tidak pernah pergi ke Rusia.

Video yang dirakam itu juga dilaporkan diambil di Kazakhstan. РMetro.co.uk



(Visited 22 times, 1 visits today)

Comments

comments