Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

[VIDEO] Remaja rosakkan makanan dan barangan Family Mart dikecam

Menjadi trend orang ramai membeli makanan di kedai serbaneka ala jepun yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang menarik dan lazat kerana ianya mudah dan pantas. Namun, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang sengaja merosakkan makanan di dalam premis boleh menjadikan pengunjung lain tidak dapat menikmati makanan yang dijual dan merugikan pemilik.

VIDEO seorang remaja merosakkan makanan yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Nilai tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu memaparkan remaja berkenaan memicit-micit roti yang masih berada di dalam bungkusan.




Kejadian yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan menunjukkan lelaki tersebut dengan sengaja memicit roti sehingga kempis, membuka dan meminum air botol tanpa membayar dan mengalihkan produk-produk dari susunan yang sepatutnya.

Selepas video itu viral, netizen secara berjemaah mengecam kelakuan biadap remaja tersebut dan mahu satu tindakan tegas dikenakan ke atasnya sebagai satu pengajaran.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan remaja itu tidak bermoral dan tidak boleh diterima sama sekali.

Bagaimanapun satu video baru dimuat naik selepas isu itu viral remaja tersebut mendakwa sudah membayar kesemua makanan.







Comments

comments