[Video] Penalti bawa Brazil ke Separuh Akhir Copa America

PORTO ALEGRE, Brazil: Brazil menundukkan Paraguay 4-3 menerusi penentuan penalti untuk mara ke peringkat separuh akhir Copa America selepas mengharungi 90 permainan tanpa sebarang jaringan, sebentar tadi.

Gabriel Jesus mengesahkan kemenangan Brazil selepas Gustavo Gomez dan Derlis Gonzalez gagal menyempurnakan penalti untuk Paraguay.



Penyerang Liverpool, Roberto Firmino mencipta gemuruh buat penyokong tuan rumah apabila turut gagal menyempurnakan penaltinya selepas rembatannya tersasar.

Lawan tuan rumah berikutnya adalah pemenang perlawanan di antara Argentina dan Venezuela di Belo Horizonte, awal pagi esok.





Brazil mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, terutama selepas Paraguay terpaksa beraksi 10 pemain pada minit ke-58 susulan kekasaran Fabian Balbuena terhadap Firmino.

Skuad kendalian Tite jelas tumpul di bahagian serangan dengan cubaan Willian terkena tiang pada minit-minit terakhir permainan manakala rembatan Everton menggegar palang.

Dua lagi perlawanan suku akhir akan membabitkan Colombia bertemu Chile dan Uruguay menentang Peru. – Reuters



(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments