[Video] Dollah Salleh: Apa kau buat ni Herold Goulon?

Image may contain: 3 people, people playing sport and outdoorBegitulah ketua jurulatih Pahang bermonolog sendirian di tepi padang apabila melihat pemain pertahanannya, Herold Mark Goulon melambungkan bola dari kawasan sendiri ke arah gawang Perak yang dikawal oleh Hafizul Hakim pada penghujung minit permainan.




Pada ketika itu, beliau yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan sudah berkira-kira untuk turun mengharungi aksi timbal balik separuh akhir Shopee Piala FA 2019 dengan agregat tipis, 2-1 di Stadium Perak, Ipoh, kelak. Ianya, bakal menjadi satu cabaran yang sukar, lebih-lebih lagi bermain di gelanggang lawan.

Namun, saat beliau menoleh ke belakang, Stadium Darul Makmur, Kuantan gempik gempita dengan sorakan penyokong dan barisan kejurulatihan meraikan jaringan. Dollah Salleh terpinga seketika sebelum mengetahui bahawa tendangan yang disangka ‘ke bulan’ rupanya telah menerjah gawang untuk memberikan gol ketiga buat skuad Tok Gajah.

“Bila dia buat tendangan itu, saya bercakap sendirian, apa kau buat ni?”

“Lepas itu, saya toleh ke belakang, saya nampak yang lain semua sedang meraikan gol. Rupa-rupanya bola itu gol. Saya macam tak percaya.” kata Dollah Salleh dalam sidang media selepas perlawanan, semalam.





Tambahnya lagi, beliau menganggap jaringan yang tidak terbayang dek akal itu sebagai rezeki buat Pahang. Lebih-lebih lagi, sepanjang perlawanan anak-anak buahnya sering diprovokasi oleh pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos sehingga mengganggu rentak permainan kedua-dua belah pasukan.

“Ini mungkin rezeki kita, sebab pemain No.8 Perak sentiasa membuat provokasi untuk mengalih perhatian kita, dekat situ saya rasa tuhan bagi kita rezeki, untuk gol ke-3.” ujarnya lagi.



(Visited 17 times, 1 visits today)

Comments

comments

,