Southgate hairan tiada majlis penyampian hadiah

LISBON – Gareth Southgate kehairanan kerana England hanya diberikan pingat tanpa ada sebarang majlis penyampaian hadiah selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga Liga Negara-Negara Eropah.

England menundukkan Switzerland 6-5 menerusi penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Jordan Pickford muncul wira menyelamatkan sepakan Josip Drmic selepas menyempurnakan sepakan penaltinya.




Skuad The Three Lions sebelum ini menamatkan saingan Piala Dunia di kedudukan ketiga tahun lalu dan Presiden FIFA, Gianni Infantino, menyampaikan pingat gangsa kepada pemain dan staf pasukan.

Southgate berkata, dia sendiri tidak pasti kenapa tiada sebarang upacara penyampaian hadiah buat pasukannya dalam kejohanan itu.

“Saya tidak faham kenapa perkara ini berlaku. Kami berada di kedudukan ketiga tetapi tidak dapat meraikannya bersama peminat.





“Situasi ini sama sewaktu saya beraksi bersama England di bawah kendalian Joe Fagan, dia mencampakkan pingat keluar daripada bas untuk diberikan kepada pemain,” katanya.

Kesilapan individu menyebabkan England gagal ke final apabila tewas 3-1 di tangan Belanda di separuh akhir dan Southgate menerima hakikat bahawa pasukannya terpaksa meneruskan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir England muncul juara dunia pada 1966.-AGENSI



(Visited 10 times, 1 visits today)

Comments

comments