Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Lelaki pukul Duda OKU hingga mati kerana cemburu cuba ‘flying kick’ jurufoto

SUSPEK yang membelasah seorang duda orang kurang upaya (OKU) hingga mati dalam kejadian di Jalan Kenanga 8, FELCRA Changkat Lada, Kampung Gajah, semalam dibenar reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu suspek yang berusia 42 tahun dan mempunyai enam anak dibawa ke mahkamah menaiki kenderaan polis, jam 9 pagi.




Suspek turut bertindak ganas dengan cuba menendang dua jurufoto yang merakam gambarnya namun tidak kena dan memberi amaran agar gambarnya tidak dirakam.

Lelaki berkenaan kemudian ditenangkan oleh anggota polis sebelum dibawa ke dalam mahkamah.

Harian Metro semalam melaporkan akibat cemburu, lelaki OKU dipukul hingga meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Kenanga 8, FELCRA Changkat Lada.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Badrul Hisham Ngah Aziz, 42, yang juga duda anak tiga parah di beberapa anggota badan akibat dipukul suspek dengan kayu yang diletakkan paku.

Difahamkan, sebelum itu kira-kira pada jam 12 tengah hari, mangsa bersama isteri suspek dikatakan keluar ke Teluk Intan untuk membeli barang dengan menaiki sebuah kereta.

Suspek menahan kereta dinaiki isterinya bersama mangsa dan memecahkan tingkap kereta sebelum menarik lelaki OKU yang cacat kaki kiri itu keluar dan memukulnya.




Image may contain: 1 person, screen

Suspek

Image may contain: plant, car, outdoor and natureTimbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.40 petang sebelum anggota Unit Peronda Polis (MPV) dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di hadapan rumah suspek, namun lelaki berusia awal 40-an itu sudah tidak duduk bersama isterinya kerana mereka dalam proses perceraian sejak hampir setahun lalu.

“Suspek mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dengan mangsa dan kejadian dipercayai berpunca kerana cemburu hingga suspek memukul mangsa menggunakan kayu yang diletakkan paku.

“Kejadian itu berlaku di hadapan isteri suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, ketika polis tiba di lokasi kejadian, suspek masih memukul mangsa sebelum berjaya dileraikan polis.

Menurutnya, mangsa parah di seluruh badan akibat dipukul dan pasukan perubatan yang hadir kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Katanya, suspek yang tidak sempat melarikan diri itu ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Comments

comments