Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kenapa serang gerai nasi lemak kami?

Image may contain: 1 person, outdoor“KAMI tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa dan cuma berniaga untuk mencari rezeki,” kata Muhammad Zamyn Abdullah, 30, peniaga nasi lemak yang gerainya diserang seorang lelaki di Sunway Kayangan di Shah Alam, semalam.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, isterinya, Nur Anis Jamil, 29, dan anak lelakinya berusia tiga tahun nyaris cedera apabila didatangi lelaki berkenaan yang dikatakan bertindak menendang dan menolak meja di gerai makanan berkenaan.




Difahamkan, kejadian yang tular di media sosial itu mengakibatkan tumpahan bekas air minuman yang panas hampir terkena kanak-kanak lelaki itu, manakala wanita berkenaan sesak dada akibat penyakit jantung dihidapinya.

Muhammad Zamyn berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di kawasan berdekatan untuk memandikan anak sulungnya berusia enam tahun.

Image may contain: one or more people, people sitting, child and outdoor“Tidak lama kemudian, saya menerima mesej WhatsApp daripada seorang pemilik kedai berdekatan memaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, saya terkejut melihat keadaan gerai yang bersepah selain isteri dan anak yang trauma. Ketika kejadian, adik lelaki saya berusia 23 tahun turut berada di situ dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.





Menurut bapa kepada dua anak itu, perbuatan berkenaan dilakukan seorang lelaki berusia 30-an yang menaiki pacuan empat roda.

No photo description available.“Kenderaan itu dinaiki dua lelaki dan seorang daripadanya mendekati ahli keluarga saya.

“Lelaki berkenaan dikatakan memarahi isteri dan adik saya kerana berniaga di situ sebelum bertindak menendang gerai yang diusahakan sejak hujung tahun lalu itu,” katanya memaklumkan kejadian berlaku kira-kira lima minit sebelum lelaki berkenaan beredar dari situ.

Bimbang perkara buruk berlaku, Muhammad Zamyn membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jelutong.

Beliau berkata, perkara itu diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan tidak mahu bersangka buruk kepada mana-mana pihak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya.



Comments

comments