Kejuaraan JDT untuk rakyat Johor

MELAKA: Tiada apa yang paling mengembirakan buat pemain senior Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak melainkan menzahirkan kepuasan tidak terhingga selepas membantu skuad terbabit menjulang kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut.

Walaupun menang tipis 2-1 menewaskan Melaka United (MU) 2-1 di Stadium Hang Jebat malam tadi, namun ia sudah cukup buat skuad terbabit kekal unggul tanpa mampu dicabar mana-mana lawan sepanjang enam musim.

Baginya, ia ada antara memori terindah yang berjaya diukir sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sejak 2012, walaupun turut mencatat banyak kejayaan lain sepanjang penyertaannya.



Namun baginya bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan keenam berkenaan berikutan terpaksa mengharungi ujian getir dan saingan sengit semua lawan dalam tempoh terbabit.

“Apapun kali ini pastinya kami turut berjaya memenuhi perancangan sejak pra musim untuk memastikan kejuaraan terus menjadi milik JDT.

“Kejayaan peribadi ini juga sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Johor dan pastinya juga kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menjadi tulang belakang buat skuad Harimau Selatan,” katanya.

Bagaimanapun, dia dan semua rakan sepasukan tetap kental fokus pada baki empat perlawanan berikutan saingan masih belum berakhir.

Aidil berkata, selepas mencatat sejarah berkenaan pastinya rekod bersih tanpa kalah juga ingin dikekalkan sekali gus melakar keceriaan berganda buat penyokong setia.

Pada aksi malam tadi, JDT menguasai hampir keseluruhan babak pertama, menerusi jaringan Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan import Brazil, Diago Santo (m-26) yang sudah cukup meletakkan kejuaraan milik skuad berkenaan.

MU cuba bangkit memberi saingan agresif pada 45 minit kedua, namun tuan rumah sekadar mampu menghasilkan satu gol menerusi kapten pasukan, Mohd Shukor Adan ketika aksi berbaki enam minit.

Pengurus JDT, Luciano Figueroa turut meluahkan rasa gembira dengan kemenangan berkenaan sekali gus mempertahankan kejuaraan liga buat kali keenam tanpa perlu menunggu hujung musim.




Malah katanya, perasaan lebih manis dikecapainya ketika ini sebagai penurus dan ia sukar digambarkan ketika mengecapi kejayaan ketika sebagai pemain.

Dia yang menyarung jersi JDT 2014-2018 berkata, pemain melaksanakan tugasan dengan baik menerusi kawalan bola yang aktif, mencipta dan melakukan percubaan ke gawang lawan.

Katanya, kejayaan tidak berhenti di sini, sebaliknya mahu skuad berkenaan kekal rekod bersih tanpa kalah pada baki saingan sebelum fokus kepada saingan Piala Malaysia.

Penyokong setia skuad terbabit juga memasuki padang perlawanan sebaik perlawanan tamat sambil mengucapkan tahniah kepada pemain dan pengurusan.

Lebih mengejutkan peminat MU juga turun dilihat memasuki padang untuk memberi tahniah kepada pemain skuad Hang Tuah yang turut berusaha memberi tentangan hebat kepada pelawat.



(Visited 15 times, 1 visits today)

Comments

comments

,