Ibu kalut tularkan insiden tertinggal anak di R&R

Foto yang dimuat naik oleh ibu kanak-kanak itu menerusi laman Twitter miliknya pada Isnin.

PELBAGAI insiden suka duka melatari kemeriahan sambutan Syawal di negara ini saban tahun.

Terbaharu, tular kisah seorang ibu yang tertinggal anak perempuannya di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Pahang pada Isnin.

Ia berlaku sewaktu perjalanan mereka sekeluarga dari Kuala Lumpur ke Kertih, Terengganu.



Perkara itu dikongsikan sendiri oleh ibu berkenaan menerusi laman Twitter sehingga menarik perhatian ramai.

“Sesiapa berdekatan Temerloh mohon bantu Che Jah. Anak dara I tertinggal kat Shell R&R Temerloh. Now mama kat KM143.6 arah Timur,” tulis wanita itu.

Difahamkan, wanita berkenaan tidak menyedari dia tertinggal anaknya yang pergi mengerjakan solat di lokasi berkenaan.

Namun, kanak-kanak berusia 12 tahun itu akhirnya dihantar semula ke pangkuan ibunya dengan menaiki motosikal oleh seorang petugas wanita Shell selepas ia tular di Twitter.

Alhamdulillah dah selamat. Maaf saya baru sampai rumah dari KL ke Kerteh.

IBU KANAK-KANAK TERTINGGAL DI R&R

“Dia pergi solat. Mama lupa terus jalan. Abang dia pula tak kira adik adik.

“Alhamdulillah ramai nak tolong hantar anak dara tertinggal Shell R&R Temerloh. Lepas beberapa minit di viralkan.





“Semoga Allah mudahkan dan murahkan rezeki kalian semua yang retweet dan pekerja Shell bernama Suria ini yang gigih hantar anak sampai ke maknya.

“Alhamdulilah hanya Allah membalasnya,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, wanita itu yang dihubungi mStar berkata dia sekeluarga sudah selamat tiba ke kampung halaman.

“Alhamdulillah dah selamat. Maaf saya baru sampai rumah dari KL ke Kerteh,” ujarnya ringkas yang kepenatan selepas menempuh perjalanan panjang.

Netizen di laman sosial turut meninggalkan komen di posting itu berhubung insiden berkenaan.

Malah, ramai yang turut memuji tindakan petugas Shell berkenaan yang disifatkan cukup prihatin.

“Setiap kali kereta nak gerak ayah saya mesti panggil nama setiap anak-anak dia. Maybe akak boleh praktikkan bende tu,” tulis @snshzani.

“Serba salah nak gelak ke nak kesian. Macam mana boleh tertinggal tu,” tulis @IrwanKhalid pula.



(Visited 6 times, 1 visits today)

Comments

comments