Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dituduh Curi 200 Ribu, Bekas Suami A.Aida Dibebas Dengan Jaminan Polis

AMPANG JAYA – Bekas suami kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberikan kerja sama berhubung siasatan kes kehilangan wang pelaburan milik wanita itu yang berjumlah RM213,805.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 30 tahun itu dibuat pada 24 Jun lalu ketika pelakon tersebut hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) untuk memberikan keterangan berhubung kes berkenaan.




“Tangkapan ke atas suspek dibuat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ampang ketika dia hadir memberi keterangan berhubung kes yang dilaporkan.

“Kami turut merampas satu unit telefon bimbit milik suspek bagi menjalankan siasatan lanjut namun lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama setelah keterangan percakapan diambil dan rampasan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.





Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh pemiliki syarikat A.Aida Production itu pada 21 Jun lalu mengaitkan bekas suaminya, Ariff Aziz dengan kejadian kehilangan wang pelaburan matawang berjumlah lebih RM200,000.

Aida, 49, berkata, kehilangan wang tersebut hanya disedarinya selepas pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu.

“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang telah dilakukan sebanyak dua kali.

“Tiada komen lanjut dan saya serahkan segalanya kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.



Comments

comments