Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Chong Wei terima anugerah The Brandlaureate Book Of World Records

LEE CHONG WEI ( dua, kanan) ketika menerima anugerah The Brandlaureate KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong menerima pengiktirafan dalam The Brandlaureate Book Of World Records di sini semalam.





Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu menerima pengiktirafan atas pencapaian muncul satu-satunya pemain badminton yang menduduki ranking No. 1 dunia selama 348 minggu (6 tahun, 8 bulan).

Malah, dia juga pernah berada di takhta teratas dunia dalam acara perseorangan lelaki selama 199 minggu berturut-turut, selain memenangi 69 gelaran individu.





Chong Wei, 37, yang mengumumkan persaraan pada 13 Jun lalu menerima anugerah tersebut dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.

Kejayaan Chong Wei itu dikongsi oleh abangnya, Joe Lee dan jenama pakaian terkenal, Bespoked dalam Facebook mereka semalam. – UTUSAN



Comments

comments