[Video] Polis tahan suspek kedua dalam kes serangan di pasar malam

Keadaan kekecohan di Pasar Malam Parit Dalam, Kota Bharu semalam.KOTA BHARU – Polis menahan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dalam serangan ke atas dua wanita di kawasan pasar malam hadapan Bazar Buluh Kubu malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek kedua itu ditahan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 2 pagi tadi dan pihak polis masih memburu tiga orang lagi suspek bagi membantu siasatan kes ini.




Katanya, sebelum itu pihak polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun merupakan seorang peniaga.

“Pihak boleh berharap sesiapa yang terlibat atau mengetahui mereka terlibat supaya tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

“Kejadian ini berlaku disebabkan peniaga berang selepas wanita berusia 40 tahun melalui jalan yang sempit dan dia tidak sedar kemungkinan telah tergesel dengan orang atau gerai jualan di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program komuniti kepolisan dengan memberikan sumbangan kepada asnaf anjuran
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Balai Polis Badang dan Yayasan Amal Dato’ Zul Wisma.

Turut hadir pada program itu Datuk Dr. Zulkepli Mohamed yang turut bersama menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Kampung Badang, Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini hari ini.





Tambah Abdul Rahim, beliau menasihatkan masyarakat supaya bertolak ansur dan bersabar jika berhadapan dengan situasi tersebut.

“Kita mengetahui bahawa hampir menjelang hari raya keadaan semakin sibuk peniaga dan pengguna jalan raya harus bersabar dalam menangani kejadian berlaku.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya bertentangan dengan undang-undang dan selain orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri,” katanya. – K!



(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments