Anak belum bangun tidur setelah 22 hari

Image result for Gilang Tama AlfariziJAKARTA: Sepasang suami isteri di Sumatera Utara, Indonesia bingung dengan keadaan anak lelaki mereka yang tidak bangun dari tidur sejak 26 November lalu.

Menurut laporan media Indonesia, sehingga semalam, Gilang Tama Alfarizi, berusia empat tahun sudah tidur selama 22 hari.

Lebih membingungkan apabila anak sulung pasangan Sandi Syahputra, 25 dan Prili Mahdania, 24, itu disahkan doktor sihat serta tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.



Menurut pasangan itu, sebelum kejadian mereka tidak melihat sebarang perlakuan pelik pada anaknya dan sempat bermain dengan gembira.

Prili berkata, kali terakhir dia memujuk Gilang supaya tidur ialah pada 26 November lalu dan kanak-kanak itu tidur pada jam 11 malam.

“Saya memujuknya tidur ketika dia asyik menonton televisyen. Saya tidur dulu dan dia ingin tidur bersama ayahnya,” katanya.

Tribun News melaporkan, suaminya cuba mengejutkan anak mereka keesokan harinya namun kanak-kanak itu kelihatan masih mengantuk dan kembali tidur.

Keadaan sama tetap berlaku pada hari kedua dan Gilang didapati terus tidur menyebabkan ibu bapanya risau apabila melihat kanak-kanak itu hanya boleh menggerakkan tangan dan kakinya.





Image result for Gilang Tama AlfariziMereka yang bimbang dengan keadaan itu terus membawa Gilang ke hospital daerah Deli Serdang dan ditahan selama 14 hari bagi menjalani pelbagai pemeriksaan namun doktor hanya memberitahu kanak-kanak itu sihat.

Pasangan itu turut diberitahu perkara sama oleh doktor selepas membawa anak mereka ke Hospital Besar Adam Malik sambil menjelaskan fungsi jantung, saraf serta darahnya adalah normal.

Selepas 18 hari berada di hospital, kanak-kanak yang masih tertidur itu dibawa pulang ke rumah dan diberi bantuan pernafasan dan makanan melalui tiub.

Sehingga kini, tidak ada penjelasan perubatan mengenai keadaan Gilang dan kes terbabit turut mendapat perhatian kerajaan serta penduduk setempat yang melawat kanak-kanak itu di rumah.



(Visited 14 times, 1 visits today)

Comments

comments