Ronaldo nafikan dakwaan kes rogol terhadapnya

Kathryn Mayorga

Kathryn Mayorga wanita yang membuat tuduhan terhadap Ronaldo

LOS ANGELES 2 Okt. – Polis berkata mereka akan membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan seorang model wanita yang mendakwa dirinya dirogol oleh bintang Portugal, Cristiano Ronaldo di sebuah bilik hotel Las Vegas pada 2009.




Ronaldo yang kini beraksi bersama Juventus menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakannya ia adalah berita palsu sewaktu membuat siaran langsung di media sosial Instagram.

“Apa yang mereka kata pada hari ini adalah palsu – berita palsu,” kata pemain berusia 33 tahun itu yang kemudiannya memadam rakaman tersebut.


Image result for ronaldo rape accused

Kathryn Mayorga bersama Ronaldo di kelab malam

Kathryn Mayorga, 34, dari Las Vegas menuduh Ronaldo merogolnya pada 13 Jun 2009 dalam aduan 32 muka surat yang difailkan pada bulan lalu di sebuah mahkamah daerah dekat Nevada.

Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas mengesahkan kenyataan tersebut tanpa mendedahkan nama pemain bintang itu malah turut menganggap kes tersebut sebagai serangan seksual terhadap mangsa.

“Ketika laporan polis dibuat, mangsa tidak memberikan detektif lokasi insiden atau penerangan suspek. Pemeriksaan perubatan telah dijalankan. Pada September 2018, kes tersebut dibuka semula dan detektif kami akan mengambil tindakan susulan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh mangsa,” kata Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas. – AFP



(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,