Shuib dipuji suruh anak tumbuk dinding!

Image result for shuib sepahtuTINDAKAN pelawak, Shuib (Sepahtu) memberi hukuman kepada tiga anaknya menerima pujian netizen.

Shuib menerusi instagram milik isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin dilihat memberi pengajaran kepada anak mereka kerana bergaduh sesama sendiri.

“Bila buat salah pasti ada hukuman, pengajaran untuk kita semua.




“Bergaduh adik-beradik tak guna, sama macam tumbuk dinding, lagi kuat tumbuknya lagi sakit sendiri. Wallahualam, moga bermanfaat untuk semua,” tulis Sarah.

Video yang dimuat naik pada petang Isnin itu menerima hampir 300,000 kali tontonan di laman tersebut.

Rata-rata netizen memuji cara Shuib mengajar anaknya.

“Sokong buat pengajaran macam ni, bukan nak dera atau marahkan mereka cuma nak mereka faham apa erti kasih sayang adik-beradik,” komen Suhailah.


“Suka sangat tengok kak Sarah didik anak. Saya tengah cuba didik anak saya macam tu,” kata Teahh23 pula.

“Acuan masing-masing dalam mendidik. Marah dan menangis sekarang,ini mendidik supaya hormat menghormati adik-beradik,” tulis rmsben.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. – mStar



(Visited 25 times, 1 visits today)

Comments

comments

,