Ferrari milik Aliff Syukri terbakar

Ferrari RM1.8 Juta Hangus Terbakar Rupanya Dipandu Lelaki AustraliaKUALA LUMPUR: Kereta Ferrari model 458 Italia yang terbakar di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway dekat sini, petang semalam adalah milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau melalui satu paparan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, hari ini.




Pada paparan itu, Aliff Syukri memuat naik satu video beliau sedang bersedih tanpa sebarang kata-kata bersama selitan satu video menunjukkan Ferrari itu sedang terbakar, dipercayai rakaman orang awam.

“Aku insan yang lemah.. kuatkanlah semangatku ya Allah. Apa patut saya buat, kereta kesayanganku aku beli RM1.8 juta,” katanya menerusi keterangan dalam posting video di Instagramnya itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata ketika kejadian, kenderaan mewah terbabit dipandu oleh orang lain, seorang lelaki warga Australia berusia 29 tahun.

Katanya, pemilik kenderaan hadir membuat laporan kejadian pada jam 10.30 malam tadi.

“Menerusi keterangan pemandu, dia menyedari kebakaran bermula di bahagian ekzos dan bertindak memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan.



“Lebih kurang seminit selepas dia berhenti dan keluar daripada kenderaan, berlaku letupan yang menyebabkan api marak membakar kereta mewah itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kenderaan itu terbakar kira-kira 30 minit sehinggalah api berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.

Menurut Azman, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu dikenali sebagai Alladin El Mir itu terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandunya musnah seratus peratus. Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian,” kata beliau.



(Visited 25 times, 1 visits today)

Comments

comments

,