Gambar Throwback Jadi Kontoversi, Fathia Akui Tiada Tawaran Berlakon

Tidak cukup dengan kecaman akibat memuat naik gambar ‘throwback’ tidak bertudung, tiba-tiba muncul pula berita mengatakan gambar yang dimuat naik Fathia Latiff itu adalah ‘throwback’ empat hari lepas.




Menerusi ruangan Miss K, Fathia dan temannya, Shahrizan telah memuat naik gambar yang sama dengan hashtag ‘#tb’ sempena hari jadinya tetapi dipadam setelah dikecam teruk oleh peminat. Tetapi menjadi persoalan, tarikh hari jadi Shahrizan pada 13 Disember, bermakna empat hari lalu.

“Kau rasa apa Miss K? Throwback masa free hair sebelum April 2016 ke atau throwback beberapa hari lepas? Dekat Instagram Shahrizan tu, ada posting ‘happy birthday to me’, tapi tarikhnya pada 13 Disember yang lepas”

“Kalau Fathia dan Shahrizan tulis throwback, maksudnya tu throwback beberapa hari lepas atau throwback beberapa tahun lepas? Sebab posting Shahrizan memakai baju sama berwarna merah seperti dalam fotonya bersama Fathia adalah pada 4 hari lalu,” tulisnya kepada Astro Awani.





Fathi juga akui selepas digugurkan dalam drama La Luna saya tiada sebarang tawaran. Mungkin disebabkan kontroversi mengenai diri saya, penerbit tidak mahu menawarkan drama”

“Cuma saya pinta kepada semua penerbit, jangan kerana keburukan yang ada pada diri saya, kebaikan lain tidak dipandang. Alhamdulillah, sumber pendapatan saya sentiasa ada walaupun tidak berlakon. Produk Avon masih menyambung kontrak, begitu juga dengan produk Her Fit dan Pizza Hut”

Biarpun kelakuannya sering dipandang negatif, ia bukanlah dibuat-buat untuk mencari publisiti murahan tetapi Fathia hanya ingin mahu menjadi diri sendiri. Tambahnya lagi, generasi sekarang sepatutnya lebih bersikap terbuka.



(Visited 13 times, 1 visits today)

Comments

comments

,