VIDEO 58 Maut Tembakan Ketika Konsert Di Las Vegas

Image result for las vegas shooting58 orang maut, termasuk dua anggota polis, dan 500 cedera dalam insiden tembakan seorang lelaki bersenjata di festival muzik country Las Vegas di Amerika Syarikat (AS), Ahad malam.

Seramai 30,000 orang menghadiri acara tersebut.

Lokasi kejadian, The Strip ditutup selepas insiden penembak hendap melepaskan tembakan dari tingkat 32 resort dan kasino Mandalay Bay yang terletak di seberang jalan.

Polis mengesahkan seorang suspek terbunuh.




Image result for las vegas shooting suspect




Polis kini sedang memburu seorang wanita, yang dipercayai mempunyai maklumat bagi membantu siasatan.

Bercakap pada sidang media pada awal pagi Isnin, polis berkata, mereka menolak sebarang penembak lain.

Penembak tersebut tidak dikenal pasti, melainkan sebagai warga tempatan. – Mail Online



(Visited 4 times, 1 visits today)

Comments

comments

,