Kecoh Video Seksi Natasha Elyzza, Fathia Latiff

Image result for Natasha Elyzza dan fathiaTULAR sejak kelmarin video memaparkan tarian berahi yang didakwa dilakukan oleh pelakon baru Natasha Elyzza dan pelakon terkenal, Fathia Latiff sehingga menarik perhatian ramai netizen.

Video berkenaan mula tersebar luas apabila pelakon siri drama Duri Di Hati, Natasha Elyzza membuat live menerusi aplikasi Bigo.




Menerusi video berkenaan memaparkan Fathia sedang asyik menari bersama beberapa orang rakannya dalam sebuah bilik hotel yang dipercayai di sekitar Johor.

Jika sebelum ini pelakon baru Natasha Elyzza yang turut terlibat sama dalam video Bigo Live yang kini tersebar di laman sosial menafikan bahawa wanita dalam video terbabit bukan Fathia Latiff, kini segalanya berubah apabila Fathia sendiri mengaku dirinya berada dalam video kedua yang turut tersebar.





Image result for Natasha ElyzzaMelalui video kedua yang tersebar tersebut, Fathia kelihatan hanya berkemban. Pada mulanya, Natasha bagaikan cuba melindungi Fathia yang tiba-tiba muncul dalam keadaan berkemban tersebut. Menyedari dirinya berada di dalam video, Fathia kemudiannya keluar daripada rakaman.

Namun tidak lama kemudian, mungkin setelah didesak penonton aplikasi itu, Fathia kemudian bersuara – “mengaku je lah. Ha, Fathia”. Namun Natasha kemudiannya bagaikan berang dan bertanyakan kembali soalan kepada penonton.

Apa pun, sebagai seorang selebriti yang sebenarya menjadi perhatian masyarakat dan kehidupan selalu diperhatikan, adalah baiknya untuk menjaga setiap tingkah laku. Tapi sebagai manusia, kesilapan tetap terjadi dan sepatutnya apa yang berlaku jadikanlah pengajaran.



(Visited 79 times, 1 visits today)

Comments

comments

,