74 ditahan berpesta seks & dadah di banglo

pesta-dadah-bangloJOHOR BAHRU: Seramai 74 individu yang berpesta dadah ditahan di sebuah banglo di sebuah pusat peranginan di sini tengah malam tadi.

Mereka terdiri daripada 48 lelaki dan 26 perempuan berusia antara 16 dan 33 tahun dengan lapan lagi invidivu turut ditahan yang merupakan penganjur serta pembantu penganjur pesta itu.

Difahamkan, semua suspek berusia 17 hingga 34 tahun itu mengambil bahagian dalam pesta seks dan dadah yang ditawar menerusi aplikasi WeChat, sejak beberapa hari lalu.




Semua ditahan berasal dari Johor Bahru dan kawasan sekitar dan dikatakan tertarik dengan tawaran melakukan seks beramai-ramai sambil mengambil dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata parti tu diberi tema Pesta Proqtext Zeus.

“Pihak polis mendapati parti tersebut dicemari dengan muzik kuat dan penyediaan minuman keras. Daripada saringan awal, didapati seramai 18 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.




“Pemeriksaan fizikal ke atas mereka turut menemukan 8 biji pil ekstasi, 12 biji pil Eramin 5 dan 1 paket serbuk dadah dipercayai jenis ketamin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata jemputan ke pesta itu dibuat menerusi WeChat dengan bayaran RM20 dikenakan bagi peserta perempuan dan RM30 untuk peserta lelaki.

Pesta seperti itu pernah diadakan di Tanjung Sepat, Kota Tinggi dan mendapat sambutan mengalakkan daripada golongan remaja, katanya.

(Visited 21 times, 1 visits today)

Comments

comments