Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mayat Kanak-Kanak Ditemui Dalam Plastik Hitam

Image may contain: tree, plant, outdoor and natureKUALA LUMPUR: Mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun ditemui dalam longkang di Jalan Kampung Chin Lee, Batu 6 Jalan Kepong di sini, dalam keadaan berbungkus plastik hitam, petang tadi.

Mayat kanak-kanak yang sudah mula reput itu ditemui seorang pekerja syarikat besi buruk, kira-kira jam 3 petang, ketika dia sedang membersihkan longkang berhampiran sebuah bengkel kereta di situ.

Lelaki warga asing berkenaan pada mulanya terhidu bau busuk sebelum ternampak sebelah kaki kanak-kanak berkenaan yang sudah berulat terkeluar daripada bungkusan plastik hitam yang membalut tubuhnya.





Image may contain: one or more peopleKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata lelaki berkenaan menemui mayat kanak-kanak malang itu dalam longkang di tepi semak yang berair.

“Selepas menerima laporan kejadian itu, sepasukan anggota forensik dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaan pada mayat kanak-kanak yang masih lengkap berpakaian serta masih memakai lampin menemui kecederaan pada kepalanya.

“Terdapat kesan retak pada sebelah kanan kepala kanak-kanak terbabit, dipercayai akibat hentakan. Kecederaan lain belum dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Comments

comments