Forkey Doe Berdepan Tindakan Disiplin

Image may contain: 1 person, standing

Sumber internet

KUALA LUMPUR 5 Mei – Kerjaya penyerang lincah Red Giants, Francis Forkey Doe di negara ini mungkin berakhir apabila dia ditahan polis kerana memiliki sebuah kereta klon.

Walaupun menjadi pemain tonggak mereka untuk kali kedua, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagaimanapun menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya pemain itu didapati bersalah melanggar undang-undang negara ini.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim berkata pihaknya berasa terkejut dengan berita penahanan pemain itu oleh pihak polis dan menjelaskan bahawa kereta yang terlibat dalam kes itu bukannya dibekalkan oleh mereka.

“FAS akan mendapatkan maklumat mengenai status penahanan Forkey Doe dan terus mengikuti perkembangan siasatan. Kami juga sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Berhubung status Forkey Doe sebagai pemain pasukan Selangor, tindakan susulan akan diambil bergantung kepada hasil siasatan oleh polis terhadap kes ini.

“FAS juga ingin menegaskan bahawa tiada individu sama ada pemain import atau tempatan yang mengatasi undang-undang di negara ini dan, semua harus mematuhinya,” kata Rosman dalam satu kenyataan di sini hari ini.





Forkey Doe ditahan polis untuk siasatan ke atas kereta klon BMW 325i di Bandar Puteri Puchong, Selangor pada pukul 4 pagi tadi.

Pemain itu ditahan selepas sepasukan anggota dari Balai Polis Puchong membuat pemerhatian terhadap kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu berkenaan yang diletakkan di situ.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, ketika membuat pemerhatian, Forkey Doe berjalan menuju ke kereta tersebut dan menekan alat kawalan jauh untuk membuka pintu kenderaan seterusnya menghidupkan enjin.

“Selepas itu, anggota polis menahan suspek dan semakan terhadap nombor casis kenderaan itu mendapati tiada sebarang rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tambah Megat Mohd. Aminuddin, suspek kini direman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Sumber Utusan online

(Visited 3 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,