VIDEO Penyokong Bastia serang pemain Lyon

BASTIA, Perancis 17 April – Pertembungan Ligue 1 pasukan Bastia di laman sendiri menentang Lyon terpaksa dihentikan pada separuh masa pertama selepas penyokong Corsican memasuki padang sebanyak dua kali untuk menyerang pemain pasukan pelawat.

Penyokong Bastia di Stadium Armand Cesari menyasarkan pemain Lyon semasa mereka memanaskan badan sebelum perlawanan menyebabkan permainan tertangguh selama 50 minit dan sekali lagi bertindak sedemikian ketika kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan ketika masa rehat.





“Kami perlu berhenti, mereka memukul pemain. Kami bukan datang untuk berperang,” kata pengendali Lyon, Bruno Genesio kepada presiden kelab, Jean-Michel Aulas.

Bastia yang kini berada di tangga terbawah liga semasa aksi berlangsung berdepan risiko pemotongan mata di atas insiden melibatkan penyokong mereka.

Mereka sebelum ini sudah dikenakan tindakan selepas penyokong mereka menjadikan penyerang Nice, Mario Balotelli sebagai mangsa perkauman selain bertindak memecahkan cermin bas pasukan itu.-AFP

(Visited 7 times, 1 visits today)

Comments

comments

,