Sharbinee Allawee Dikesan Hadapi Kanser Paru-paru

Bekas penjaga gol Terengganu dan juga skuad kebangsaan, Sharbinee Allawee baru-baru ini telah disahkan menghidap penyakit kanser.

Sharbinee sebelum ini telah pun dikeluarkan dari skuad Liga Perdana Terengganu selepas dikesan mengalami masalah kesihatan, kini disahkan menghadapi kanser paru-paru.

Menurut laporan Arena Harimau Malaysia, Sharbinee dikatakan sering mengalami rasa tidak sihat sejak akhir-akhir ini.





Beliau bagaimana pun telah diberikan rawatan rapi oleh pihak Hospital Universiti Sains Malaysia sewaktu beliau dimasukkan ke hospital tersebut sekitar pada akhir bulan Februari.

Bagaimana pun, beliau telah pun dikesan mengalami kanser paru-paru selepas beliau dikesan mengalami jangkitan kuman di paru-paru beliau.

Sharbinee Allawee kini perlu menjalani rawatan kemoterapi sebagai sebahagian daripada usaha untuk merawat sakit yang dihadapi beliau.

Beliau merupakan penjaga gol untuk pasukan Terengganu selama 6 tahun dari 2006 hingga 2012 sebelum berhijrah ke pasukan Selangor pada tahun berikutnya.

Namun jodoh beliau bersama pasukan Lembah Klang itu tidak panjang, beliau kemudiannya kembali ke Terengganu untuk bersama pasukan tersebut sehingga tahun ini. – semuanyabola

(Visited 26 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,