Bos Virgin Atlantic Bergambar Dengan Pekerjanya Yang Sedang Tidur

Richard BransonBayangkan anda sedang tidur di dalam pejabat, tiba-tiba bos anda datang. Apa perasaan anda?

Itu yang berlaku kepada seorang pramugara Virgin Australia apabila pengasas syarikat berkenaan, Richard Branson datang melawat pejabat terbabit.

Pramugara tersebut sedang tidur di atas sofa dan ketika itu sedang `standby’. Richard kemudiannya bergambar di sebelah pramugara terbabit


“Saya datang ke pejabat dan lapangan terbang untuk bertanya khabar dan melihat apa yang dilakukan oleh pasukan (Virgin) di situ.

“Saya menangkap lelaki ini tidur di tempat kerja. Woo, adakah dia terkejut apabila saya mengejutkannya?

“Dia pasti ingat dia sedang bermimpi kerana dia terus tidur semula. Untuk berlaku adil, dia sedang `tandby’ jadi memerlukan rehat yang secukupnya,” kata Richard yang berada di Sydney untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada lawatan ke Virgin Australia.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,