Vida, Kafa sudah berdamai

HASMIZA OTHMAN telah mengadakan pertemuan dengan Annuar Musa di Kuala Lumpur kelmarin untuk membincaKOTA BHARU 6 Mei – Syarikat Vida Beauty akan terus menjadi penaja utama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) walaupun sebelum ini dikatakan mahu menarik balik tajaan ekoran persembahan terumbang-ambing pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) dalam saingan Liga Super musim ini.

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida berkata, keputusan untuk meneruskan tajaan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa di Kuala Lumpur semalam.

“Alhamdulillah pertemuan itu berjalan lancar. Saya dan Kafa telah mencapai titik persefahaman dalam beberapa isu yang timbul sebelum ini.

“Saya ingin tegaskan, Vida Beauty akan terus menjadi penaja utama Kelantan dan keputusan ini diambil demi masa depan pasukan dan maruah sukan bola sepak di negeri Che Siti Wan Kembang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada 26 April lalu melaporkan, Dr. Vida akan menarik balik tajaan sekiranya Kelantan gagal menang dalam dua perlawanan terakhir iaitu menentang Felda United (4 Mei) dan Selangor (18 Mei).

Dalam perlawanan dengan Felda 4 Mei lalu, Kelantan tumpas 0-2 di tangan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu.

Dr. Vida memberitahu, pertemuan itu juga menamatkan salah faham antara beliau dengan Annuar yang berlaku sebelum ini.


Katanya, fokusnya kini ialah membantu Kelantan kembali semula kepada prestasi sebenar sebagai antara pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Super.

“Banyak perkara yang kami bincangkan bersama, tetapi tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Apa yang boleh saya katakan, kami mahu Kelantan kembali bangkit sebaik sahaja pusingan kedua Liga Super bermula,” ujarnya.

Dr. Vida berharap barisan pemain kembali fokus untuk menghadapi Liga Super selepas ini.

Katanya, dia juga mahu penyokong Kelantan terus teguh di belakang pasukan walau dalam apa jua keadaan.

Sumber Utusan

(Visited 5 times, 1 visits today)

Comments

comments

, ,